Utama Pejabat Tun Biografi Galeri Tun Galeri Media Hubungi Kami Maklum Balas
 

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Jeanne Abdullah

YABhg Tun Jeanne Abdullah telah dilahirkan pada 29 julai 1953 di Kuala Lumpur. Beliau telah menerima pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Assunta, Petaling jaya. Selepas menamatkan persekolahan, beliau memulakan kerjayanya disektor swasta dan mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang pengurusan perhotelan. Diatas pengalaman dan kepakarannya, beliau telah dilantik sebagai penyelia kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri. Kerjaya terakhir beliau ialah sebagai pengurus Kompleks Seri Perdana, kediaman rasmi perdana Menteri pada tahun 2007.

YABhg Tun Jeanne telah diijab kabul dengan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,mantan Perdana Menteri ke-5 pada tahun 9 Jun 2007 dan telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri YABhg Perdana Menteri sehingga Mac 2009. YABhg Tun Jeanne mempunyai dua cahaya mata iaitu Nadiah Kimie dan Nadene Kimie.

Selepas persaraan YABhg Tun Abdullah Ahmad badawi sebagai Perdana menteri pada Mac 2009. YABhg Tun Jeanne terus aktif dengan pelbagai aktiviti dalam pelbagai Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan bidang Akademik. YABhg Tun Jeanne telah memegang beberapa jawatan dalam dalam NGO seperti berikut:

  • Penaung Majlis Paralimpik Malaysia
  • Pengerusi Sekretariat Malaysia Prihatin
  • Pengerusi Landskap Malaysia
  • Canselor (Open Universiti Malaysia)
  • Pengerusi Humanitarian Fund For The Children Of Gaza
  • Pengerusi Tropical Rainforest Conservation & Research Centre Bhd(TRCRC-another Environmental Conservation NGO)
 

Pingat/Darjah Kebesaran

Anugerah dan Darjah Kebesaran yang telah diterima oleh YABhg Tun Jeanne adalah seperti berikut:
  • Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran "Tun", diterima dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Pada Mac 2009.
  • Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S), yang membawa gelaran "Datin Seri Paduka Seri", diterima dari DYMM Sultan Selangor pada tahun 2007
  • Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.M),yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama" yang diterima daripada TYT yang DiPertua Negeri Melaka pada Tahun 2007
  • Datuk Amar Bintang kenyalang (D.A),yang membawa gelaran "Datuk Amar", diterima daripada TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak dalam Tahun 2008
  • YABhg Tun Jeanne juga telah menerima anugerah "Soka Women\'s College Award Of Highest Honour" dari Soka Universiti, Jepun.
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang "Medical Plants" atau Tumbuh-tumbuhan Ubatan. (18 April 2013)
Kongsi Halaman Ini :