Utama Pejabat Tun Biografi Galeri Tun Galeri Media Hubungi Kami Maklum Balas
 

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Penglibatan Politik

YABhg. Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga tahun 2013. Tun Abdullah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2000, Tun Abdullah telah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (tahun 1978-1980), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (tahun 1980-1981), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tahun 1981-1984), Menteri Pelajaran (tahun 1984-1986) dan Menteri Pertahanan (tahun 1986-1987) . Pada 15 Mac 1991 pula beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. YABhg. Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 3 November 2003.

Kongsi Halaman Ini :