Utama Pejabat Tun Biografi Galeri Tun Galeri Media Hubungi Kami Maklum Balas
 

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Penglibatan Semasa

Selepas bersara sebagai perdana menteri, YABhg. Tun Abdullah terus aktif dalam pelbagai aktiviti. Beliau amat komited untuk menggalakkan dan meningkatkan kefahaman mengenai Islam diantara dunia Islam dan dunia barat. Tun Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM ). Institut ini ialah satu badan yang ditubuhkan untuk memberi kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Beliau juga merupakan penaung Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) yang ditubuhkan oleh beliau pada tahun 2009. Institut ini menjadi saluran utama kepada pelajar aliran Arab/Ugama untuk meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi serta bertujuan untuk meninggi dan mendalamkan ilmu pengetahuan umat Islam di bidang keugamaan di negara ini.

Tun Abdullah adalah penaung pengasas untuk Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang merupakan inisiatif Malaysia ke arah meningkatkan lagi kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara Islam untuk menerokai peluang bagi meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan mereka. Tun Abdullah juga memainkan peranan penting sebagai penasihat kerajaan iaitu penasihat pembangunan koridor Malaysia dan penasihat Malaysia Airlines. Beliau juga merupakan penasihat kepada NGO Landskap Malaysia. Diperingkat antarabangsa, Tun Abdullah adalah ahli InterAction Council, ahli lembaga BOAO Forum untuk Asia (BFA) dan pengerusi Commonwealth Eminent Person Group dari tahun 2010 hingga 2011. Beliau juga adalah ahli pengasas Asian Peace and Reconciliation Council (APRC). Tun Abdullah juga sering dijemput untuk menyampaikan ucap tama dipersidangan dalam negara dan juga luar negara.

Kongsi Halaman Ini :