Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi mula dikenali sebagai  Perpustakaan Mini Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terletak di Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi   Aras 9, Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya. Koleksi buku yang terdapat di perpustakaan ini adalah merupakan koleksi peribadi YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Terdapat juga buku-buku yang dihadiahkan oleh pemimpin negara luar dan tokoh-tokoh ternama kepada YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pengemaskinian bahan koleksi  telah dibuat pada tahun 2018 dengan menggunakan sistem KOHA bagi memudahkan carian dan akses kepada bahan bacaan melalui katalog dan sistem maklumat. Semenjak itu nama Perpustakaan Mini Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi dikenali sebagai Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada tahun 2019, Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyumbangkan sebanyak 4825 naskah buku berkaitan dengan kepimpinan dan teras asas Islam Hadhari yang dibawa oleh  YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Perpustakaan  Negara Malaysia (PNM).

Sehingga kini Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi memiliki lebih daripada 1000 buah buku dan telah di daftarkan ke dalam sistem Koha.

Koleksi Bahan

Koleksi Umum

Sebahagian besar koleksi yang terdapat di Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan monograf dan penerbitan berkaitan dengan topik-topik penyelidikan yang mencakupi pelbagai bidang. Koleksi ini juga menyentuh legasi utama yang diinspirasikan oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti berikut:

  • Pembangunan Modal Insan
  • Islam Hadhari
  • Plan Integriti Nasional
  • Misi Nasional
  • Pembangunan Koridor Ekonomi
  • Halal Industri
  • Dunia Waqaf

Koleksi Rujukan

  • Kamus dalam pelbagai Bahasa
  • Ensiklopedia
  • Direktori
  • Atlas

Koleksi Bersiri

  • Jurnal
  • Majalah

Teks Ucapan YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi

Semua teks ucapan ini dikumpulkan semasa YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Laporan tahunan

Koleksi ini merupakan himpunan koleksi bahan laporan tahunan pelbagai Kementerian, Jabatan Perdana Menteri serta Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan mahupun badan berkanun. Terdapat juga laporan tahunan dari sektor swasta.

Koleksi Multimedia

Koleksi ini merupakan himpunan CD-ROM, CD dan VCD dalam pelbagai topik antaranya politik dan kesenian.

Perkhidmatan

Bahan Bacaan & Bahan Rujukan

Semua kakitangan Pejabat Tun Abdullah Ahamad Badawi dan pengunjung boleh merujuk dan membaca bahan bacaan yang di sediakan di pustaka.

Program Galakan Membaca

Pustaka Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi manjalankan usaha galakan minat membaca di kalangan kakitangan Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui program-program yang dirancang seperti 1 staf 1 buku bagi menambah ilmu pengetahuan kakitangan.

Internet & Multimedia

  • Pustaka menyediakan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar (WI-Fi) secara percuma bagi pengunjung.
  • Kemudahan multimedia (komputer)

Pempekejan Maklumat

Pempekejan maklumat disediakan mengikut tajuk-tajuk tertentu seperti isu nasional atau kerat akhbar yang berkaitan dengan YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kemudahan

  • Ruang Membaca
  • Akses Internet
  • Multimedia
  • Akhbar & Majalah